Nak Simkad Percuma?

INI TAWARAN KAMI

Pendaftaran Simkad Tone Wow Lite MNP (Anda Ingin Kekalkan Nombor Lama) RM10.00 RM0.00 + Kos Penghantaran Simkad RM5.00 RM0.00 = RM0.00 (PERCUMA)

Pendaftaran Simkad Tone Wow Lite Bernombor (Anda Akan Guna Nombor Baharu) RM10.00 RM0.00 + Kos Penghantaran Simkad RM5.00 = RM5.00 (KOS PENGHANTARAN)

Syarat-syarat kekalkan nombor lama:
1. Nombor yang ingin dikekalkan mestilah bukan nombor dari talian Digi.

2. Nombor yang ingin dikekalkan mestilah telah didaftarkan atas nama anda sendiri.
3. Nombor yang ingin dikekalkan mestilah nombor prabayar yang masih aktif dan masih ada baki kredit minima sekurang-kurangnya RM1 atau nombor pasca-bayar yang tiada tunggakan bil.
4. Anda maklum bahawa baki kredit /data anda akan hilang apabila proses kekalkan nombor lama (MNP) dilakukan. Jika kredit/data masih banyak gunakan dahulu sehingga minima sebelum membuat tempahan.
5. Anda bersetuju untuk proses pendaftaran dilakukan sekurang-kurangnya 2 hari selepas penghantaran simkad atau selepas semakan kami dengan sistem tracking pos mendapati bungkusan telah diserahkan kepada penerima.

6. Anda bersetuju untuk reply “Yes” atau “Y” apabila menerima SMS pengesahan MNP (Mobile Number Portability) yang akan dihantar oleh Telco asal anda.

Simkad Tone Wow Free

Kami adalah pengedar simkad Tone Wow yang tengah panas di pasaran sekarang. Namun kami di sini bukan nak jual simkad Tone Wow kami. Kami ingin memberikan secara percuma simkad yang bernilai RM10.00 ini kepada anda. Anda boleh lihat sendiri di luar sana simkad Tone Wow ini dijual dengan harga RM10.00 setiap satu. Ya, kami ingin memberikannya secara percuma kerana hari ini adalah hari bertuah anda. Berminat? Jika anda berminat hanya ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan. Teruskan membaca di bawah.

Apakah Simkad Tone Wow

Simkad Tone Wow adalah merupakan simkad prabayar yang menggunakan kemudahan rangkaian Digi. Dari segi liputan dan rangkaian memang sama macam Digi. Ia meliputi hampir semua kawasan berpenduduk di Malaysia, termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan tiada masalah bagi sebahagian besar dari kita.

Apa Perlunya Simkad Tone Wow Jika Telah Ada Perkhidmatan Dari Digi?

Anda tentu bertanya apa perlunya dan kenapa orang berebut-rebut mendaftarkan simkad Tone Wow sedangkan perkhidmatan ini telah sedia ditawarkan oleh Digi. Bukankah kedua-duanya mempunyai liputan yang sama dan kemudahan yang hampir sama?

Memang benar Tone Wow menggunakan kemudahan rangkaian Digi, namun kedua-duanya mempunyai strategi pemasaran perniagaan yang berbeza.

Strategi pemasaran perniagaan Digi ialah mereka melakukan promosi pengiklanan secara komersial di media arus perdana dan memperuntukkan kos yang besar untuk tujuan tersebut. Mereka juga membayar komisen topup kepada rakan niaga yang menyediakan perkhidmatan topup prabayar.

Strategi perniagaan Tone Wow pula adalah berbeza. Mereka menggunakan kuasa pengiklanan daripada ahli seperti saya dan anda untuk mendaftarkan ahli baru ke dalam rangkaian. Tone Wow tidak membayar kepada pengiklanan komersial, tetapi membayar kepada ahli yang mendaftarkan ahli baharu dalam bentuk komisen jualan simkad, komisen pendaftaran dan komisen topup.

Komisen topup akan dibayar oleh syarikat setiap kali ahli yang kita daftarkan membuat topup atau tambah nilai prabayar. Ia merupakan satu bentuk pendapatan pasif kepada anda kerana anda mendaftarkan ahli baharu hanya sekali tetapi memperolehi pendapatan setiap kali mereka topup. Inilah yang dinamakan pendapatan pasif, hanya tunggu duit masuk setiap bulan.

Peluang ini terbuka kepad semua pengguna Tone Wow. Sebab itulah kami ingin mendaftarkan anda sebagai pengguna, ianya bertujuan untuk membantu anda menambah pendapatan. Anda hanya perlu guna simkad anda seperti biasa. Untuk mendapatkan pendapatan pasif anda hanya perlu mendaftarkan ahli baharu dan anda akan menikmati pendapatan pasif yang semakin bertambah setiap bulan. Ianya tanpa modal!

Kenapa Berikannya Percuma?

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa kami memberikan simkad Tone Wow kepada anda secara percuma. Apakah perangkap atau umpan yang kami pasang untuk mengenakan anda? Sebenarnya tidak ada perangkap di sini. Kami hanya mengharapkan anda dapat menjadi pengguna simkad Tone Wow di bawah rangkaian kami.

Kami mungkin rugi kerana memberikannya secara percuma, namun kami yakin anda akan berpuas hati dengan simkad ini dan akan menjadi pengguna setia dalam masa yang lama dengan simkad Tone Wow. Daripada situ kami dapatlah kami sedikit-sedikit menjana pendapatan melalui komisen yang dibayar oleh syarikat setiap kali anda membuat tambah nilai atau topup.

ms_MY
en_GB ms_MY