Azam Baru 2019 dan Bagaimana Merealisasikannya

Saban tahun, apabila tiba di penghujung tahun dan melangkah ke tahun baharu, ramai orang akan membina azam baharu untuk tahun yang baru tiba. Bagaimana azam anda untuk tahun 2019? Ramai orang yang berazam untuk meningkatkan usaha untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Ramai yang berhasrat mendirikan rumah tangga, ingin menunaikan fardu haji, ingin banyak bersedekah dan sebagainya.

Mungkin secara kebetulan atau bagaimana, azam kita setiap tahun adalah sesuatu yang memerlukan duit! Jarang-jarang sekali azam kita sesuatu yang tidak memerlukan duit. Ini menunjukkan duit amat penting dalam kehidupan dan ia adalah sesuatu yang kita perlu cari dalam merealisasikan impian dan meneruskan kehidupan.

Dalam membina kehidupan yang lebih baik, kita asyik mengeluh dan rasa tersepit, rasa seolah-olah tiada jalan keluar dan tiada peluang untuk kita mengubah kehidupan. Hidup hanya cukup-cukup makan dan berhutang bagi meneruskan kehidupan. Kita mungkin akan berkata kita tiada modal dan tiada kemampuan untuk memulakan perniagaan.

Jika ini yang berlaku kepada kita, kita patut merenung kembali ke belakang di tahun-tahun yang telah kita tinggalkan, apakah ada peluang-peluang yang telah kita tinggalkan. Adakalanya peluang yang datang nampak kecil, lantas kita tidak mahu memandang dan mensiakannya.

Jika anda pasti tidak pernah bertemu dengan peluang-peluang biar sekecil manapun di tahun-tahun yang lepas, anda perlu tanyakan kepada diri anda adakah anda pernah mencari peluang? Peluang hanya datang bagi mereka yang mencarinya dan bagi mereka yang tidak mencarinya tidak akan nampak walaupun peluang itu ada di hadapan mata.

Bagi tahun 2019 yang bakal tiba ini, saya mengharapkan anda dapat memasukkan “mencari peluang” sebagai salah satu azam tahun baharu anda dan semoga anda menemui kehidupan yang lebih baik di tahun 2019!

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menawarkan satu peluang “kecil” untuk anda dalam perniagaan simkad prabayar Tone Wow yang boleh anda mulakan dengan segera. Jika alasan anda ialah tiada modal, saya ingin membuka peluang ini percuma sahaja kepada anda. Sila hubungi saya di halaman utama untuk mempelajari bisnes simkad Tone Wow.

Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *

ms_MY
en_GB ms_MY