Salahkah Berikan Simkad Tone Wow Secara Percuma?

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya ingin mengupas sedikit isu memberikan simkad Tone Wow secara percuma. Semua orang pun tahu simkad yang diberikan percuma itu adalah simkad yang dibeli dari syarikat, bukannya dicuri dan bukan juga simkad palsu.

Syarikat mendapat untung hasil pembelian tersebut. Yang menanggung risiko kerugian ialah orang yang mengedarkannya secara percuma. Begitu pun pengedarannya bukanlah dibuat dengan cara yang membuta tuli. Setiap simkad yang dilepaskan akan dipastikan dibuat pendaftaran atas nama pengguna yang berminat.

Pengedaran percuma bukanlah atas alasan simkad tidak laku, tetapi merupakan salah satu strategi perniagaan bagi mereka yang sanggup menanggung risiko dan sanggup mencuba kaedah baharu dalam persaingan yang semakin sengit di antara syarikat telekomunikasi sekarang ini.

Apabila simkad ini didaftarkan di atas nama pengguna baharu, maka pelanggan syarikat juga akan semakin bertambah. Pengguna akan guna simkad ini dan mereka akan topup untuk terus menggunakannya.

Apabila mereka topup syarikat sekali lagi akan mendapat untung, orang yang memberikannya secara percuma juga akan dapat menutupi kos pemberian percuma dan seterusnya dapat untung. Seterusnya para upline juga akan dapat untung, JC, SC dan Branch juga semuanya akan catat untung.

Jadi, dimanakah keburukannya mengedarkan simkad Tone Wow ini secara percuma? Pengguna yang dapat simkad percuma juga untung kerana tidak perlu beli dan dapat pula peluang bisnes percuma tidak perlu modal!

Apabila mereka ini memulakan bisnes, mereka untung, syarikat Tone Group untung, upline, JC, SC, Branch juga akan untung. Semua orang untung tidak akan rugi. Digi juga akan untung!

Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *