Tone Wow Top Up dan Bagaimana Caranya?

tone wow top up

Ramai yang masih tak faham atau keliru bagaimana nak top up simkad Tone Wow. Bagaimana nak beli atau nak dapatkan Tone Wow top up? Nak beli topup apa atau nak beli reload telco mana? ToneWow ada jual topup ke? Ada, anda jangan risau kerana sepeti rangkaian lain, ianya ada di jual di mana-mana.

Untuk penjelasan kepada yang belum tahu, sebenarnya simkad ToneWow menggunakan talian atau rangkaian 4G+ Digi. Jadi bila nak buat Tone Wow top up, anda hanya perlu beli topup Digi sahaja, mudah kan?

Topup digi ada dijual di mana-mana kedai yang jual topup, di perbankan internet dan juga dalam app rasmi ToneWow iaitu myWow. MyWow app boleh di muat turun di Playstore atau Appstore.

Berapa jumlah nak topup untuk simkad Tonewow ini? Jumlah topup ialah mengikut kemampuan dan keperluan anda. Walau bagaimanapun ada sesuatu yang anda perlu ingat iaitu apabila anda reload atau topup dan on data kat telefon tetapi tidak melanggan pakej data penggunaan data akan mengikut kadar pay per use iaitu RM0.10/1mb.

Anda boleh jimat data dengan melanggan pakej data Tonewow. Cara paling mudah nak melanggan pakej data ialah melalui topup. Kombinasi topup yang betul akan melanggan anda ke pakej data secara automatik. Topup yang akan melanggan anda secara automatik ialah topup RM10.00, topup RM30.00 dan topup RM50.00.

Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *